Untuk semua isteri, bakal isteri dan jugak yg beristeri …
C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI … nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …
C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …
C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …
C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje … Ade isteri kata – mekap untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …
C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 …
C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat
C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai … Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak … anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …
7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya … Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu …
c yg ke 4 tu tergeli hati lak sya:P
By: eisya on April 8, 2008
at 4:23 am
ketawa memanjang… ape2 pun terimalah isteri dan suami anda seadanya.. bwk2lah berbincang kalau ada masalah. jgn belum kwin cita lain, dah kwin cita lain..
By: naniez on June 14, 2008
at 3:11 am
Salam
Adakah awak tahu apakah email address for any motivation person macam Dr. Fadillah kamsah.
By: HANI on August 26, 2008
at 4:11 am
yelah betul .. yg penting kena terima pasangan kita seadanya… 🙂
By: jihan on January 26, 2010
at 1:25 am