Posted by: addiputra | November 20, 2007

Panduan utk mati beriman?

Assalamu’alaikum w.b.t *dipetik dari buku ‘PANDUAN UNTUK MATI BERIMAN’ *tulisan oleh Jaafar Salleh Seorang isteri apabila ia mendurhakai suaminya bererti ia telah melakukan dosa besar. Ada beberapa perkara yang menyebabkan seseorang isteri itu di kira durhaka kps. suaminya. 1. Enggan menyahut dan menunaikan panggilan atau ajakan suaminya, samada untuk apa jua urusan, lebih-lebih lagi apabila suaminya mengajak ke tempat tidur. 2. Tidak mematuhi perintah suami atau tidak mahu berkhidmat kepada suaminya, sama ada ia diminta atau sebaliknya. 3. Bermasam muka kepada suami. Samada ketika dimarahi suami atau pada masa-masa tertentu atau sepanjang masa. 4. Menyakiti suami dengan lidahnya. 5. Membeban suami dengan tuntutan-tuntutan yang di luar kemampuan suami menyediakannya. 6. Keluar rumah tanpa izin suami, sama ada menutup aurat atau mendedah aurat. Kecuali kepada hal-hal yang dibolehkan oleh syariat, dgn. syarat dlm. keadaan menjaga marwah. 7. Berhias ketika suami tidak ada dirumah(di sampingnya). Lebih-lebih lagi untuk diperlihatkan kepada orang lain, maka dosanya lebih besar lagi. 8. Menghina pergorbanan suami. Iaitu tidak berterima kasih dengan apa yang diberikan oleh suami dan selalu sahaja menyatakan perasaan tidak puas hati, bahkan ia menuntut lebih daripada itu. 9. Membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suami ke dalam rumah. 10. Tidak mahu menerima nasihat dan pimpinan suami. Para netters yang budiman, hamba inginkan pengetahuan dari para netters. Adakah dosa besar tersebut akan terhapus sekiranya si suami memberi keampunan kps. si isteri dan si isteri telah bertaubat tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut. Bagaimanakah balasan perbuatan nusyuz itu di sisi Allah s.w.t. Adakah bermakna dosanya dengan Allah terhapus jika si suami mengampunkan dosa si isteri dan si isteri juga telah bertaubat kpd. Allah s.w.t. Wasalam. Terima kasih.


Responses

  1. emmmmmmm…..artikel yg baik untuk dijadikan panduan


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: