Posted by: addiputra | December 7, 2007

Kalau isteri lebih…

Memang jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Tetapi tidaklah bermakna usaha dan ikhtiar langsung tidak diperlukan. Ertinya sesudah berikhtiar semampu mungkin, maka selepas itu terpulanglah pada Allah apa yang hendak ditakdirkannya.

Perkahwinan adalah penting. Ia adalah suatu pembentukan awal sebuah masyarakat kecil yang akan berlanjutan ke anak cucu dan turun temurun. Dan ini sesuai pula dengan fitrah semulajadi manusia, iaitu memerlukan pasangan di dalam hidupnya. Oleh itu merancangkan satu perkahwinan yang tepat dan baik adalah ikhtiar yang tidak boleh dipandang kecil. Hal yang paling penting ialah mencari jodoh. Siapakah bakal isteri atau suami yang hendak dipilih? Yang mana kalaulah terjadi salah pilih, maka kesannya sangatlah buruk, terpaksa menanggung derita dan seksa di duniahingga akhirat. Tiada bahagia dan kasih sayang. Rasulullah saw sudah berpesan tentang syarat memilihisteri. Sabda baginda: “Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, Keranaharta, rupa, keturunan dan agamanya. Maka pilihlahyang baik agamanya.”

Fahamlah kita bahawa syarat penting memilih isteri atau suami ialah yang beragama. Dengan kata lain yang beriman dan yang mengamalkan syariat Islam. Kalaus yarat ini ada barulah kita fikirkan tentang hal-hal seperti rupanya, kekayaannya, keturunannya dan lain-lain. Tidak ada syarat lain lagi yang lebih baik daripada apa yang dikatakan oleh baginda itu. Sebab,wanita beriman, walau dia kaya atau cantik, nescaya dia tetap merendah diri pada suaminya. Tidak akan dikecilkan hati suami lebih-lebih lagi tidak akan ia derhaka pada suami. Sebaliknya yang wanita cantik pada wajahnya tetapi tidak beriman selalunya membuat suaminya berkeadaan serba salah. Begitu juga wanita kaya yang tidak beriman, biasanya akan memperbudakkan suaminya.

Ini selalu terjadi di dalam masyarakat kita hari ini.Oleh kerana mereka berkahwin bukan kerana Allah, memilih pasangan pula bukannya kerana agamanya, tetapi kerana jawatan, gaji rupa dan lain-lain, ditambah dengan cara kenduri kahwin penuh kefasikan, maka hasilnya terjadilah seperti apa yang terjadi sekarang.

Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:

Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex ) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri. kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapandengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak suka dengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri. “Kita balik kampung bang” “Kita keluar bang” “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,” dan sebagainya.

Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab,
“Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.” Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada‘appointment’ petang ini. “Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untuk esok. Abang masuklah dulu” Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.

Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.

Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.

Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainya terhadap suaminya.

Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau
hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.

Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.

Isteri berani mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.

Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri.

Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.

Kalau beristeri cantik
Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, makas uami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya.

Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini. kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. kalau kemahuannya tidak diikuti dia mengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Dia tahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendak dapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kata orang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.

Kalau beristeri kaya
Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.

Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan:
Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.

Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengan suaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagiakalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri. Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akan ditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.

Kisah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah,seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 padaisterinya. “Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.

“Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya. Maka berkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika saya balik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidur diluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah RM50.” Isterinya pun tersipu-sipu.

Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu, boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.

Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaan pun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurgaNya.
Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggu suaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terus mengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayansuaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnya barulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjam sesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itu kepada tuan punyanya?. “Tentu sekali,” Jawab suaminya. Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kita seorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,” kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkan mayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita salehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik, melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu ini hingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yang berlaku, susahkan sikap isteri.

Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankan diri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkan keredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak. Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-mata memuaskan diri dan nafsunya.

Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita itu berpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kaya raya, namun dia tetap taat dan merendah diri pada suaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami (bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukar geran menjadi milik mutlak suaminya.

Lihat Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganya dikorbankan untuk membantu perjuanga Rasulullah saw. Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanya diserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah.Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanya satu bilik usang berpintu satu.

Sayidatina Aisyah,Ummul- Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut
giat sama berjuang dengan mengorbankan segala kebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafatRasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalah isteri yang rela miskin dan bersusah payah untuk Islam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.

Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanita beginilah yang mesti kita sediakan untuk diperisterikan. Sifat wanita beginilah yang mesti kita didik terhadap ahli keluarga kita. Agar rumah tangga kita nanti dan generasi akan datang adalah syurga kecil yang sementara, yang menjadi sumber tenaga buat kita dan keturunan kita berjuang mendapatkan syurga yang maha besar lagi kekal abadi di akhirat nanti.


Responses

  1. thanx…byk yg dapat sy pelajari dr citer kat atas ni..thanx yea…

  2. Cinta.. Jodoh… Pkahwinan.. Suatu yg sukar di ramal.. Setiap manusia diciptakan bpasang2an.. Usaha dlm mncari jodoh mmg satu yg baik.. tp jgn tsalah pilih.. bukan tuk shari due.. Jike salah pilih, boleh jd mimpi ngeri..

  3. -semoga sy mdapat byk kebaikan dr info ini :)-

  4. walapun isteri lebih pandai dari suami, mengapa itu dijadikan alasan untuk rasa rendah diri atau terhina, sedangkan masing-masing tahu peribadi masing-masing sebelum berkahwin. Cuma ego lelaki selepas kahwin nak menunjukkan kekuasaan..tak pernah nak dengar pandangan isteri, tak percaya isteri walaupun tahu isterinya memnag bijak. Hanya nak menang sendiri…kalau isteri menegurdikatakan isteri kurang ajar…susahnya berumahtangga kalau tahap pendidikan tak sama…

  5. Saya tlh berkahwin pd 30.3.2003. Bermakna sehingga tarikh hari ini hampir 5 thn 4 bln mendirikn rmhtngga.
    Perkahwinan kami boleh dikira grand gak la sebab isteri anak permpuan sulung dan tunggal dan 2 adiknya adalah lelaki. Hari pertama perkahwinan isteri saya tlh menipu saya dimana sebelum itu dia berjanji tidak akn mendedahkan auratnya semasa malam persalinan, majlis perkahwinan kami. saya tak turut serta dlm majlis itu. Saya hanya tahu isteri saya menipu apabila gambar majlis tersebut saya tatap 2 minggu selepas majlis tersebut. Apabila saya bertanya kenapa dia berbuat bgtu, dia jwb neneknya yang harap sgt utk beliau memakai sebegitu, Dengan penuh kecewa, saya maafkannya.
    Dalam minggu yang sama sedang kami bergurau diatas katil saya menggeleteknya di bhgian perut tiba-tiba dimana silap siisteri menampar saya dipipi. Saya rasa sgt terkejut dan tidak sangka org yang tersayang sanggup berbuat begitu pada saya. Saya cuba selesaikan cara damai dan dia meminta maaf atas keterlanjurannya dan saya terima. Katanya sori bang tak sengaja.
    Kali kedua pada 15.3.2005, saya sbg seorng suami ingin bermanja dengan isteri mungkin yang kepenatan balik dari kerja. Waktu tu hampir maghrib sedang saya merangkulnya tiba2 dia menampar saya buat kali kedua. Saya tergamam dengan tindakannya itu. Saya minta alasan darinya tapi tak diendahkan menyebabkan saya kecewa. Lepas solat maghrib saya mengemas pakaian saya dan keluar dari rumah utk balik kampung keluarga saya. Sesampai di stesyen keretapi saya sms pada isteri sekiranya masih sayang pada saya jemputlah saya. Alhamdulillah di dtg menjemput dan minta maaf atas keterlanjuran dan saya maafkan dan mohon jgn ulangi lagi. Sepanjang 5 tahun berkahwin, apabila marah isteri sering mengeluarkan kata-kata kesat seperti babi, sial, bangang, bodoh, bangsat, bengong, bebal dan sebagainya. Setiap kali berlaku perkara itu saya sebagai suami tak pernah membalas kata-katanya apatah lagi utk memukulnya. Saya hanya berkata padanya saya tak suka awak buat begitu pada saya dan jangan ulangi lagi. Dan jawapan biasa isteri dengan berkata sori bang tak sengaja. Alasannya berkelakuan begitu katanya sebelum kahwin perangainya memang begitu dan susah nak kawal diri ketika marah. Apabila dia marah memang tak kira tempat kadang-kadang depan mak bapak dia dan adik beradik pun dia boleh marah dan maki saya. Untuk pengetahuan sebahagian kejadian saya rekodkan di dalam diari sebagai rekod pribadi.
    Kalau ikutkan hati dan hasutan syaitan saya memang dah ceraikannya, tapi fikirkan nasib anak yang 2 orang tu saya cuba sabar. Pada awal tahun ni 18.1.08 isteri bergurau dengan menggeletek badan saya dan saya balas mengeletek dikakinya tiba-tiba dia menyepak dan terkena di perut saya dengan muka marah. saya tanya dia sengaja ke buat tu dia diam. Banyak lagi peristiwa2 yang tak muat saya nak ceritakan semuanya diruangan ini.
    Yang terbaru saya menghadiri kursus selama 1 bulan setengah di selayang utk pengurusan restoran, penganjur mengadakan lawatan ke cameron highland pada 11.6.08 pagi tu kira2 jam 11.00 pagi isteri call saya ade belikan apa2 present utk anak2 ke? sy kata tak lagi sebab belum habis round lagi Tiba2 dengan suara tinggi dia marah2 dan kata saya langsung tak reti nak ambil hati anak. Saya terkedu dan merajuk. Selepas kejadian itu saya nekad utk menjalin hubungan dengan seorang peserta kursus satu kumpulan dengan saya kerana marah dengannya iaitu pada 21.6.08. Saya mula berhubung melalui sms dan telefon secara rahsia. sehingga diketahui oleh isteri pada 11.7.08. Bila dia melihat sms i lev u dari perempuan tersebut terus dia rampas hphon saya dan menghempas kedinding dan menolak badan saya. saya jadi seperti tikus apabila dia marah dan maki saya dengan perkataan babi, sial, bangsat dan yang tak boleh saya terima. dia menuduh saya menyundal dgn perempuan sundal… sambil meminta di ceraikan. Saya cuma jawab, kalau saya nak ceraikan awak 2 minggu lepas kawin waktu saya tahu awak tipu saya saya dah ceraikan awak. atau waktu awak tampar n terajang saya dulu. 2 hari lepas kejadian saya pujukn dia dan minta maaf padanya. Tetapi masalahnya tuduhan yang dilemparkan pada saya rasanya terlalu berat sedang saya tak pernah buat. dan saya anggap itu adalah tuduhan LI’AN. Saya cadangkan dia rujuk perkara tersebut pada mahkamah tapi dia merayu pada saya agar maafkan dia dan tak dibawa ke kadi. dia juga harap saya lupakan orang ketiga tu. Saya mohon dia berjanji tak ulangi perangai dia yang lama tapi isteri tak berani berjanji cuma sekadar berkata saya cuba. Hingga hari ini alhamdulillah saya dah pun putuskan hubungan saya dengan orang baru tersebut. Tetapi baru 2 hari isteri kata nak berubah dia dah marah2 dan tinggikan suara lagi pada saya. Saya sayang isteri dan anak-anak saya cuma mungkin sayang saya padanya dah tak 100% macam dulu lagi la disebabkan sikap dan perangainya tu yang tak nampak komitmen utk berubah. Saya tahu saya juga bersalah dalam hal ini kerana terlalu berlembut dengannya dan tidak menggunakan kuasa dan ketegasan saya sebagai suami. sehingga isteri rasa naik lemak dan tidak berdosa perlakukan saya sebegitu. Dan satu lagi salah saya apabila tindakan saya terlalu mengikut perasaan dengan menduakannya dengan perempuan lain. Tapi saya manusia biasa yang mungkin lemah iman hingga tak dapat kawal perasaan begitu. Bayangkanlah 5 tahun saya hadapi semua ini dengan sabar dan rasanya cukup lama peluang yg saya beri padanya utk berubah tapi isteri tetap macam tu juga. apa yang harus saya buat? Tolong la kalau sesiapa ada pandangan yang boleh bantu saya…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: