Posted by: addiputra | February 12, 2008

Mari kita bantu hamba ini

Saya dpt cerita ini dari seorang sahabat.. saya amat bersimpati dengan dia. Jika kita boleh membantu, hulurkanlah bantuan atau marilah kita berdoa agar dia ditunjukkan jalan oleh Allah untuk keluar dari masalahnya dan diberikan kemudahan.. Amin..
Ceritanya begini…
Genap pada tanggal 3 Jun 2008 ini maka genaplah usia rumah tangga
saya dan isteri saya selama 13 tahun. Kami berkahwin atas cinta sama
cinta. Selama usia perkahwinan tersebut jugalah kami dikurniakan 3
orang cahaya mata. Pada awal usia perkahwinan kami, kami hidup aman
dan bahagia, walaupun kadang kala ada juga timbul krisis namun kami
dapat menyelesaikannya kerana biasalah pantai mana tak dipukul
ombak/sedangkan lidah lagi tergigit.

Namun kini (setahun kebelakangan ini) keadaan sudah menjadi
sebaliknya di mana sudah tidak wujud lagi keserasian antara kami.
Antara puncanya yang besar ialah:

1. Isteri saya sudah tidak mahu mendengar nasihat saya terutamanya
bab solat. Kadang kala boleh menjadi pertengkaran.
2. Kalau balik kampung, saya dan anak2 sahaja yang balik dia tak mahu
ikut, kecuali pada hari raya, bila tiba giliran saya.
3. Selalu balik lewat ke rumah selepas kerja (alasan keluar dengan
rakan wanita) dan kadang kala tak balik rumah (alasan tidur rumah
kawan) kadang kala berlanjutan sampai 3 atau 4 malam.
4. Jarang bergaul dan bergurau senda dengan anak2 kerana selalu tiada
dirumah. Jarang memasak untuk kami sekeluarga.

Ada lagi beberapa perkara, yang tak sampai hati saya nak
menyatakannya di sini, cukuplah seperti di atas. Mungkin juga saya
ada juga melakukan kesalahan, namun saya sedaya upaya cuba untuk
membaikinya demi untuk keluarga kerana dalam hidup berumahtangga kita
kena bertolak ansur dan menerima sebagaimana pasangan kita seadanya.
Tumpuan haruslah diberikan untuk mendidik anak-anak dan kurangkan
pentingkan diri. Zaman itu telah berlalu.

Untuk makluman sahabat semua, memang perit bagi saya untuk
menceritakan semua keburukan ini, namun inilah hakikatnya yang
terpaksa saya tanggung, sebagai suami. Sekarang ini, anak-anak lebih
banyak menghabiskan masa, meluahkan masalah dan bercerita dengan saya
berbanding dengan ibu mereka. Rutin hidup saya seharian bermula pada
pukul 5.30 pagi dengan menggosok baju sekolah anak2 dan baju saya.
Seminggu 3 kali, saya melipat pakaian bersama anak yang sulung dan
menyidai pakaian kami sekeluarga. Semua ini saya lakukan kerana bagi
saya ini memang tanggungjawab suami membantu isteri. Hakikatnya, jika
saya tak buat siapa lagi nak buat, untunglah saya ni datang dari
keluarga yang sederhana jadi memang dah biasa dari kecik membantu ibu
melakukan kerja-kerja ni. Tak sangka dah berkahwin pun terpaksa
melalui keadaan ini semula, namun saya reda, demi untuk keluarga.

Saya agak bernasib baik kerana saya tinggal bersama-sama ibu mertua
yang memahami situasi saya. Apabila anak2 balik dari sekolah,
beliaulah yang menyediakan makanan malam. Kalau tidak kami anak
beranak terpaksa makan di luar terutamanya jika pada hari cuti. Nak
rasa air tangan isteri jauh sekali. Ibu mertua saya juga sering
menasihati isteri saya namun, masih belum berkesan.

Kadang kala terfikir juga nak berpisah tetapi apabila melihat muka
anak-anak saya yang sedang membesar ketika mereka sedang tidur
mengalir air mata, rasa tak sampai hati, apa akan jadi dengan anak-
anak aku. Mereka memerlukan seorang wanita yang bergelar ibu untuk
menikmati kasih sayang.

Tujuan saya menceritakan segalanya adalah untuk meminta pandangan dan
nasihat daripada sahabat apa yang perlu saya lakukan kerana buat
ketika ini saya hanya mampu berdoa selepas solat memohon Allah SWT
untuk membantu saya dan anak-anak. Tiada niat untuk membuka pekung di
dada kerana ini melibatkan masa depan rumah tangga saya. Segala
pandangan yang bernas daripada sahabat semua saya ucapkan berbanyak
terima kasih dan semoga Allah sahaja yang dapat membalasnya. Wassalam.


Responses

  1. Assalamualaikum..

    Pd pndpt saya, saudara haruslah mengajak isteri untuk berbincang ttg masalah r/tangga yg sedang saudara alami kini, pergi ke satu tmpt yg tenang utk anda berdua. Tanya secara baik apa yg menyebabkan dirinya sudah berubah dan tidak lagi spt dulu? Mungkin ada penyebabnya yg membuatkan dirinya berubah secara mendadak, mungkin kerana tekanan di tempat kerja dan apabila pulang ke rumah isteri anda sibuk pula menjalankn tugas sbg isteri dan ibu menyebabkan dirinya berasa tertekan dengan semua itu..atau juga pengaruh kwn2? Minta juga nasihat daripada org tua saudara @ org yg lebih berpengalaman. Insyaallah, mudah2an saudara dpt menyelesaikan masalah saudara ini dengan baik.

    Wassalam.

    “There is nothing stronger in the world than gentleness..”

  2. Saudara..pengalaman yang anda lalui lebih kurang dengan pengalaman yang saya terima dari seorang yang bergelar suami, yang sepatutnya memberikan nafkah dan perlindungan kepada anak-anak dan isteri.. Tapi saya tak setabah saudara dan terpaksa maencari jalan keluar iaitu bercerai. Saya terpaksa menghadapi segala kesusahan berseorangan dan bersyukur ahli keluarga byk membantu..Kalau saudara dapat bertahan, berusahalah mengembalikan isteri saudara demi anak-anak.

  3. saudara dari agama islam untuk mengajar isteri begini langkah pertama memberi nasihat, jika tdk berhasil asingkan tempat tidur, dan jika tetap juga tdk berhasil barulah boleh dipukul maksud pukul ini adalah dengan berlembut…iyalah..perempuan ini dari tulang rusuknya lelaki yang bengkok untuk meluruskannya tidak blh terlalu keras dan tidak blh terlalu lembut…thats it..semoga tuhan memberi kesejahteraan kepada rumahtangga anda…amiin…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: